Saturday, September 15, 2012

PETIKAN DARI MY.ENTERTAINMENT.YAHOO.COM/NEWS

Saya hantar notis letak jawatan sebulan lalu - Nurul Syuhada

7 Sept – Pengacara televisyen terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, menafikan bahawa dia meletak jawatan sebagai pengacara sepenuh masa di TV3 kerana insiden Bintulu, Sarawak.
Dia dikatakan telah tersalah sebut mengatakan bahawa masyarakat di Bintulu adalah daif yang mana menyebabkan orang Sarawak marah dengan kenyataan tersebut.
Walaubagaimanapun, Nurul menegaskan bahawa kejadian tersebut langsung tiada kena mengena dengan insiden di Sarawak baru-baru ini.
Pengacara 'Malaysia Hari ini' (MHI) ini menjelaskan bahawa dia meletak jawatan sebagai pengacara sepenuh masa kira-kira sebulan lalu.
"Sebenarnya, notis perletakkan jawatan saya hantar sebulan yang lalu. Perkara ini tiada kaitan dengan insiden baru-baru ini.
"Saya harap orang ramai tidak mengaitkannya dengan isu berkenaan, kerana ini merupakan keputusan peribadi saya," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Menurut Nurul Syuhada, 28, walaupun dia meletak jawatan sebagai pengacara sepenuh masa, namun dia tetap bekerja dengan TV3 separuh masa.
Jelasnya, kini dia mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan mahu menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana.
"Sebelum ini, saya mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang geokimia tapi separuh jalan saja. Jadi saya ingin teruskan cita-cita saya untuk menyambung pengajian.
"Mungkin saya akan sambung pelajaran dalam bidang psikologi atau tamadun Islam," katanya.
Pada masa, Nurul Syuhada turut menafikan khabar angin yang kononnya dia meletak jawatan kerana mendapat tawaran lebih baik daripada stesen televisyen lain.
Sementara itu, personaliti TV3 berkata, kini sudah tiba masanya untuk membina keluarga dan menimang cahaya mata selepas enam tahun lebih bekerja tanpa pernah mengambil cuti.

Monday, September 10, 2012

image from http://2.bp.blogspot.com  



SURAH AL HADID AYAT  20








Gambar-gambar yang dipaparkan adalah untuk ilustrasi sahaja dan tidak ada kena mengena dengan yang orang yang masih hidup atau telah mati.

Sunday, September 9, 2012














Sebuah laman blog sedakasejahtera.blogsport.com, menulis satu berita berkenaan dengan pengacara Nurul Syhuhada Nurul Ain meletak jawatan.Betul atau tidak dapat saya pastikan.Anda boleh membacanya dengan lebih lanjut di laman blog tersebut.Beberapa hari lalu saya ada mendengar berita berkenaan dengan permohonan maaf berkenaan isu 'salah cakap' dalam siaran langsung.Saya pun nak tahu juga rupanya beliau tersalah cakap dengan menyebut 'Bintulu Daif' itupun kalau apa yang saya dapat faham dari blog sedaka sejahtera. 
Dalam kedudukan begitu tentulah beliau akan rasa 'panas' ataupun tertekan.Diharapkan Nurul reda dengan ujian Allah ini.Begitulah resam hidup di dunia ini,semoga Nurul tabah menghadapi ujian.

 The UPM Bintulu Sarawak Campus main Library  
Nickname(s): Oil Town, Energy Town of Sarawak (Kota Tenaga Sarawak)-unknown