Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

PETIKAN DARI MY.ENTERTAINMENT.YAHOO.COM/NEWS

Saya hantar notis letak jawatan sebulan lalu - Nurul Syuhada

7 Sept – Pengacara televisyen terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, menafikan bahawa dia meletak jawatan sebagai pengacara sepenuh masa di TV3 kerana insiden Bintulu, Sarawak.
Dia dikatakan telah tersalah sebut mengatakan bahawa masyarakat di Bintulu adalah daif yang mana menyebabkan orang Sarawak marah dengan kenyataan tersebut.
Walaubagaimanapun, Nurul menegaskan bahawa kejadian tersebut langsung tiada kena mengena dengan insiden di Sarawak baru-baru ini.
Pengacara 'Malaysia Hari ini' (MHI) ini menjelaskan bahawa dia meletak jawatan sebagai pengacara sepenuh masa kira-kira sebulan lalu.
"Sebenarnya, notis perletakkan jawatan saya hantar sebulan yang lalu. Perkara ini tiada kaitan dengan insiden baru-baru ini.
"Saya harap orang ramai tidak mengaitkannya dengan isu berkenaan, kerana ini merupakan keputusan peribadi saya," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.
Menurut Nurul Syuhada, 28, walaupun dia meletak jawatan sebagai pengacara sepenuh masa, namun dia tetap bekerja dengan TV3 separuh masa.
Jelasnya, kini dia mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan mahu menyambung pelajarannya ke peringkat sarjana.
"Sebelum ini, saya mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang geokimia tapi separuh jalan saja. Jadi saya ingin teruskan cita-cita saya untuk menyambung pengajian.
"Mungkin saya akan sambung pelajaran dalam bidang psikologi atau tamadun Islam," katanya.
Pada masa, Nurul Syuhada turut menafikan khabar angin yang kononnya dia meletak jawatan kerana mendapat tawaran lebih baik daripada stesen televisyen lain.
Sementara itu, personaliti TV3 berkata, kini sudah tiba masanya untuk membina keluarga dan menimang cahaya mata selepas enam tahun lebih bekerja tanpa pernah mengambil cuti.

Tuesday, December 29, 2009

Dr Asri disaman RM 100 juta

Harian Metro.
Oleh Idris Musa.
Kuala Lumpur:Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia(ilin),Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim),Zamihan Mat Zin mengemukakan notis saman balas RM 100 juta selepas menerima notis saman dari bekas Mufti Perlis,Dr Asri Zainul Abidin,baru-baru ini.