Monday, November 5, 2012
Hari Tasyrik
Hari Tasyrik Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalender Islam Hijrah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan berkenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah; iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepad syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.Umat Islam boleh melakukant ibadah korban sehingga sebelumnya masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib tersebut.Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di masjid sahaja mahupun selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan melaungkan lafaz takbir ini (pada masa-masa yang disunatkan/dibenarkan) di mana-mana sahaja. Di dalam kenderaan, waktu sedang memandu, di dalam rumah, waktu sedang menguruskan hal-hal kerja, bersantai, di jalanan ketika waktu pergi ke masjid atau surau dan di mana-mana sahaja mereka berada dan teringat hendak bertakbir. Mereka tidak perlu menunggu sampai di surau dan selepas solat baru hendak bertakbir. [sunting]Haram berpuasa Pada hari-hari Tasyrik, umat Islam (Muslim) sama sekali diharamkan untuk melakukan ibadat puasa, ini kerana Hari Tasyrik juga membawa maksud "Hari Makan Minum".Hadis Rasulullah yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: ”Rasulullah bersabda: ”Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.”(Hadis Riwayat Imam Muslim) [sunting]Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment