Tuesday, June 26, 2012
Memang Malang Tidak Berbau
Minggu ini ada banyak cerita tentang kes rompakan di pusat membeli belah.Ia melibatkan tempat-tempat yang 'famous' ataupun tempat yang menjadi tumpuan ramai.Tempat-tempat ini menjadi kunjungan pelawat tempatan dan juga luar negara.Oleh itu kita haruslah berwaspada bukan saja di tempat begini tetapi dimana-mana sahaja kerana malang itu tidak berbau.
Secara amnya saya telah bekerja di Curve dari tahun 2005 lagi.Alhamdulillah tiada berkara yang buruk berlaku kepada saya dan juga tempat saya bekerja.Kes yang baru berlaku di Curve yang melibatkan seorang wanita banyak di cerikan di media cetak dan juga elektronik.Ianya tak secara langsung menyumbang kepada kurangnya para pengunjung ke Curve.Jika anda berbual dengan jurujual disana mereka akan mengatakan kurangnya customer yang shopping.
Tetapi Alhamdulillah bilangan customer pada hujung minggu nampaknya masih ramai dan menigkat kembali.Akhir kata janganlah tak datang ke Curve dan berhati-hatilah dimana jua anda keluar untuk membeli belah kerana musibah itu datang sekiranya anda leka.
Rentetan cerita :
KUALA LUMPUR: POLICE have set up a special task force to hunt for the suspects who robbed women in shopping complexes in Klang Valley since last month.
Read more:
SOMETIME in 1982, I was robbed and abducted in my own car at gunpoint by a man, somewhere in my neighbourhood of Section 16, Petaling Jaya.
Read more:
Always be alert and on guard. Be aware of the latest tactics employed by criminals. Not all messages spread via social media, email and SMS are hoaxes. Take all necessary precautions.
Read more:
KUALA LUMPUR - More than 10 shopping malls in Kuala Lumpur's Klang Valley have taken measures to review and tighten security, following a recent spate of crimes at their carparks.
Read more:
Monday, June 25, 2012
ANDAZ
Andaz is a 1971 Hindi romantic movie starring Shammi Kapoor, Hema Malini and Rajesh Khanna. The film was directed by Ramesh Sippy.Andaz was one of the last movies for which the great music directors duo, Shankar- Jaikishan composed music together. Jaikishan died of cirrhosis of the liver on 12 September 1971 at the young age of 42.
Ini adalah salah sebuah lagu Hindi yang menjadi kegemaran saya walaupun tidak memahami maksudnya.Bila mendengar lagu ini teringat kawna lama yang sudah meninngal dunia saudara Mayuddin Muhammad .Semoga beliau di tempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.Kami akan mendengar dan menyanyikan lagu ini sebelum ke dewan peperiksaan untuk cool down.
Thursday, June 14, 2012
DARI PETALING JAYA KE PUNCAK ALAM
Dulu teringat lagi masa bapa menghantar aku ke Sekolah Tunku Syed Putra di Perlis .Walaupun jauh juga daripada Pulau Pinang ,suasananya masih agak sama seperti di kampung. Aku telah menolak tawaran untuk belajar di luar negara.Alasannya aku masih belum bersedia dan aku menurut pesan bapa saudaraku untuk belajar di dalam negara.Masa itu aku teringin masuk ke kursus perubatan.Memang tak ada rezeki aku tidak dapat masuk ke kursus perubatan.Syabas untuk kawan-kawan yang berjaya masuk kekursus perubatan.
Kini aku pula menghantar anakku ke UITM Puncak Alam untuk mengikuti kursus Asasi Sains untuk tempoh setahun.Aku berharap dan berdoa agar dia dapat masuk ke kursus yang diinginkannya.Aku bergerak mengikut Lapangan Terbang Subang menuju ke Puncak Alam berpandukan printout map yang anak aku sediakan.Agak sukar juga kerana tiada ternampak signboard 'Puncak Alam'.Sampai di suatu simpang aku tersasar masuk ke Monterez Golf Club.Terus saja orang rumahku perli aku.
Dari situ barulah sampai ke simpang yang bertanda Puncak Alam dan Meru.Barulah rasa lega sedikit bila nampak signboard tu.Kami selamat sampai ke UITM Puncak Alam selepas melepasi satu kawasan kemalangan,nampak teruk juga kereta yang terlibat dengan kemalangan tu.Aku difahamkan kemudian bahawa kemalangan ini melibatkan keluarga pelajar.Semoga mereka yahg terlibat bersabar dengan dugaan Allah .
Memang cantik kawasan UITM Puncak Alam ni..Masih banyak lagi kawasan didalamnya yang belum dimajukan.Hostel tempat tinggal anakku berada di puncak bukit,yang kami sampai setelah melalui empat 'roundabout'.
Selepas semua selesai aku dan isteri pun bertolak balik ke Petaling Jaya mengikut arah yang lain pula.Rupanya lebih mudah menggunakan lebuhraya utara selatan untuk ke UITM Puncak Alam.Jika dari tol Damansara ,kita hanya perlu terus memandu sehingga sampai ke persimpangan Setia Alam dan Meru.Selepas tol Setia Alam teruskan memandu hingga sampai kepersimpangan Meru dan Kuala Selangor.Dari situ terus saja memandu ke pekan Meru sehinngga sampai ke persimpangan UITM Puncak Alam.Masa perjalanan lebih kurang 45 minit dari Petaling Jaya.
Selamat belajar untuk anakku dan semua penuntut yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)