Thursday, June 14, 2012
DARI PETALING JAYA KE PUNCAK ALAM
Dulu teringat lagi masa bapa menghantar aku ke Sekolah Tunku Syed Putra di Perlis .Walaupun jauh juga daripada Pulau Pinang ,suasananya masih agak sama seperti di kampung. Aku telah menolak tawaran untuk belajar di luar negara.Alasannya aku masih belum bersedia dan aku menurut pesan bapa saudaraku untuk belajar di dalam negara.Masa itu aku teringin masuk ke kursus perubatan.Memang tak ada rezeki aku tidak dapat masuk ke kursus perubatan.Syabas untuk kawan-kawan yang berjaya masuk kekursus perubatan.
Kini aku pula menghantar anakku ke UITM Puncak Alam untuk mengikuti kursus Asasi Sains untuk tempoh setahun.Aku berharap dan berdoa agar dia dapat masuk ke kursus yang diinginkannya.Aku bergerak mengikut Lapangan Terbang Subang menuju ke Puncak Alam berpandukan printout map yang anak aku sediakan.Agak sukar juga kerana tiada ternampak signboard 'Puncak Alam'.Sampai di suatu simpang aku tersasar masuk ke Monterez Golf Club.Terus saja orang rumahku perli aku.
Dari situ barulah sampai ke simpang yang bertanda Puncak Alam dan Meru.Barulah rasa lega sedikit bila nampak signboard tu.Kami selamat sampai ke UITM Puncak Alam selepas melepasi satu kawasan kemalangan,nampak teruk juga kereta yang terlibat dengan kemalangan tu.Aku difahamkan kemudian bahawa kemalangan ini melibatkan keluarga pelajar.Semoga mereka yahg terlibat bersabar dengan dugaan Allah .
Memang cantik kawasan UITM Puncak Alam ni..Masih banyak lagi kawasan didalamnya yang belum dimajukan.Hostel tempat tinggal anakku berada di puncak bukit,yang kami sampai setelah melalui empat 'roundabout'.
Selepas semua selesai aku dan isteri pun bertolak balik ke Petaling Jaya mengikut arah yang lain pula.Rupanya lebih mudah menggunakan lebuhraya utara selatan untuk ke UITM Puncak Alam.Jika dari tol Damansara ,kita hanya perlu terus memandu sehingga sampai ke persimpangan Setia Alam dan Meru.Selepas tol Setia Alam teruskan memandu hingga sampai kepersimpangan Meru dan Kuala Selangor.Dari situ terus saja memandu ke pekan Meru sehinngga sampai ke persimpangan UITM Puncak Alam.Masa perjalanan lebih kurang 45 minit dari Petaling Jaya.
Selamat belajar untuk anakku dan semua penuntut yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment